Pages

Sunday 23 September 2012

JOM GELAK a.k.a KETAWA



Ketawa adalah manifestasi daripada perasaan gembira. Tetapi ketawa juga boleh menyebabkan kita mengalirkan air mata. Ketawa yang berlebihan pula boleh menyebabkan otot – otot muka sakit.


Ketawa memberi kesan yang amat baik kepada kesihatan kita.. macam mana tak memberi kesan yang baik, mana ada orang yang mempunyai masalah nak ketawa bagai nak rak kan (tak termasuk yang psiko yer:D )   ini merupakan kesan kesan apabila kita ketawa :D
·         Menurukan tekanan darah
·         Menguatkan fungsi otot jantung
·         Menurunkan hormon stress
·         Melancarkan perjalanan darah
·         Meningkatkan kelenturan otot
·         Menambahkan bekalan oksigen di dalam tubuh dengan cara menguatkan lagi sistem pernafasan
·         Meningkatkan fungsi imuniti tubuh
·         Merangsang pengeluaran edorfin, iaitu ubat penahan sakit yang dikeluarkan oleh tubuh secara semula jadi
·         Menghasilkan perasaan sihat, segar dan bahagia

Apalagi jom la kita sama sama ketawa, lagi pun ketawa juga merupakan ubat yang paling murah dalm dunia ini..  tetapi ingat jangan berlebih- lebihan pulak kan x pasal -pasal jadi sewel =))