Pages

Sunday 23 September 2012

JOM GELAK a.k.a KETAWA



Ketawa adalah manifestasi daripada perasaan gembira. Tetapi ketawa juga boleh menyebabkan kita mengalirkan air mata. Ketawa yang berlebihan pula boleh menyebabkan otot – otot muka sakit.


Ketawa memberi kesan yang amat baik kepada kesihatan kita.. macam mana tak memberi kesan yang baik, mana ada orang yang mempunyai masalah nak ketawa bagai nak rak kan (tak termasuk yang psiko yer:D )   ini merupakan kesan kesan apabila kita ketawa :D
·         Menurukan tekanan darah
·         Menguatkan fungsi otot jantung
·         Menurunkan hormon stress
·         Melancarkan perjalanan darah
·         Meningkatkan kelenturan otot
·         Menambahkan bekalan oksigen di dalam tubuh dengan cara menguatkan lagi sistem pernafasan
·         Meningkatkan fungsi imuniti tubuh
·         Merangsang pengeluaran edorfin, iaitu ubat penahan sakit yang dikeluarkan oleh tubuh secara semula jadi
·         Menghasilkan perasaan sihat, segar dan bahagia

Apalagi jom la kita sama sama ketawa, lagi pun ketawa juga merupakan ubat yang paling murah dalm dunia ini..  tetapi ingat jangan berlebih- lebihan pulak kan x pasal -pasal jadi sewel =))
 

Thursday 19 July 2012

selamat menyambut bulan ramadhan



KELEBIHAN SOLAT SUNAT TERAWIH
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

 motivasi kepada kita bagi memenuhkan isi masjid serta untuk kita  menghidupkan lagi bulan ramadhan, mudah -mudahan ramadhan kali ini akan menjadi yang terbaik daripada yang sebelum nya.. salam ramadhan :D

Saturday 29 October 2011

kenduri kawin (2 september 2011)

baru selesai majlis akad nikah.. my abang said alhamdulillah lega semua dah selamat hahahaha..

penat posing makan la pulak.. my parents pon ada, susah betol nak amik pic diorang ni pon pic curi au.. anak2 gile kamere mak ngan ayah lak takut ngan kamera hahaahah..

1st time dok atas pelamin, keciankan kat ak..  sekali dok atas pelamin gelak macam orang x betol daa... gelak orang tengah bahagia ni :D

bersama kedua orang kakak ak n adik ak.. x lupa gak mak sedara ak yang pakai baju warna coklat..opss ngan ank buah ak sekali kakak ngan adik... muahhhhh sayang kalian

makan la pulak perut pon daa lapar :D

moga kalian berdua bahagia sehingga ke akhir hayat..

Friday 28 October 2011

BILA KEBOSANAN MELANDA

aku budak giler bergambar, lam tandas pon sempat ag posing wahahahahaha.. with member ak azma :)

ngah tunggu masuk dewan kuliah pon still sempat bergambar :D

with my sis cik suri.. punya hobi yang sama ngan ak gak. gile bergambar wahaahahha

oren nya ak time ni :)
someone told me i am lion. sebab pakai tudung macam singa wahahaha bongek punya orang. suka aty aku la nak pakai tudung camne an. tpi sekarang ni dah x pakai tudung camni da. sebabnya ada member ak yang post kat aku punya fb, post pasal pemakaian tudung yang menyerupai biarawati. sumpah ak x tahu menahu pon hal ni sebelom ni. so sekarang ni aku dah tahu dan aku dah x pakai ag tudung stail camni. :D

Monday 19 September 2011

raya time

on the way ke rumah nenek aku. ini semua akak2, mak saudara & sepupu aku. Raya tahun ni tak best sebabnya nenek sebelah ayah dah x der. Arwah meninggal masa raya korban tahun lepas. Rindu sangat2 kat nenek & atok ak :(

Monday 22 August 2011

~mood raya~

Sedar tak bahawa kita semua sekarang ni sedang dalam mood untuk berhari raya. Persiapan raya dah siap semua ke???? Biskut, baju, kasut, langsir dah bertukar ke belum. Mercun pon sudah kedengaran disana sini, nasib baik ler aku ni jenis yang penyabar kalau x maunya aku baling bom dekat budak - budak yang main mercun. Bukan setakat budak jer, bapak budak pon sama jer. Sabar jer le.....
Dalamsibuk menyiapkan persiapan raya, jangan dilupa bahawa lailatul qadar akan memunculkan diri. Sama ada sudah lepas atau belum, moh ler kita rebut  malam lailatul qadar ini kerana ganjaran yang diberikan oleh Allah s.w.t adalah bersamaan dengan 1000 tahun beribadat. Antara ibadat yang boleh dilakukan ialah
berqiamulail,  solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, merancang untuk amalan diri dan sebagainya. Rebut peluang ini dengan sebaiknya, kerana ini mungkin ramadan kita yang terakhir. Siapa tahu???? Soal ajal maut, jodoh pertemuan semuanya telah ditentukan dari awal lagi oleh Allah s.w.t

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dosa ibubapaku, kaum keluargaku, guru-guruku, teman-temanku, serta umat Islam seluruh dunia sama ada yang masih hidup mahu pun yang sudah meninggal dunia. Kau jadikanlah Ya Allah, Ramadhan kali ini Ramadhan penuh keampunan buat kami semua. Serta kau temukanlah kami semua dengan malam lailatul qadar. Amin!

Selamat merebut malam lailatul qadar dan selamat menyambut hari raya kepada umat islam di seluruh dunia. :D

Wednesday 10 August 2011

i will always miss this memory

kat bukit keluang.. time ni memang best r, coz masa ni r kitaorg cam adik beradik susah senang sama2.. walaupun group kitaorang x der ler hebat sangat tpi ok ler coz kak shida said in this group have penghulu n penghuluwati yg kepala gila2..hahaahaha n group ktorg ni memang sporting abz r,, setiap mnda yg nk dibuat, diowg bdak laki akan fikir kat kami bdak pompuan samaada ok x kalo nk wat apepon coz diowg takut kami malu..mmg sayang ler kat kowg masa ni...ahahahaha msa ni jer :D

ni masa jamuan ary raya thun 2009.. alamak aiii bersama bdak2 dorm ak,, kami daa cam adik beradik, even kita org klas lain2 tpi bla daa msuk dorm kita jadi cam adik beradik susah senang sama2,, n sama2 skodeng dak laki, sama2 curi kuar waktu mlam coz nk bli makanan(lapar siut)  sama2 x pergi surau then nyorok bawah katil, sama2 main ujan smpai demam.. sama kna kuaratin coz dmam..haahahaha mcam2 ler lau nk citer mmg x akan abz r,, ape2 pon miss all of u a lot

kuar ngan geng klass..hah yang ni sume aku yg plan, biasa ler aku kan dak baek x nak kasi kwan2 aku stess, x nak r ade kwan ak yg mndaftarkan diri at tanjung rambutan semata2 stress..~ngeeee~ simpang malaikat 44

with dak kelas masa zman sek dulu2..time sjarah pling best walaupon mata ni smpai x boley bukak coz mgantuk sgt, tpi x per ler coz ak punyer ckgu sjarah ni dia punyer suara perghhhhhhhh mmg power ler.. org nyer kcik jer tpi suara ishh Allah jer ler tau... skali dia pggil nyawa mau x tcabut jantung..heheehehe ape2 pon kami ttap syg kat cikgu rosnida.. dan ag satu aku klass yg pling aku suka ialah kelas lukisan kej n b.inggeris.. coz teacher mmg baek r, walaupon ramai owg x mnat klas BI n LK tpi ak suka

ini putera2 lam klass KA2 heheehehe.. miss korg sume

lau ad peluang nk daki gunung ngan korang  boley x..:D

ini geng2 aku masa ekspidisi mndakai gunung stong

stdy group b4 final exam.. x kan aku lupakan suasana masa ni.. sume ngah khusyuk stdy, ak jer yang still smpat ag posing :D