Pages

Monday 22 August 2011

~mood raya~

Sedar tak bahawa kita semua sekarang ni sedang dalam mood untuk berhari raya. Persiapan raya dah siap semua ke???? Biskut, baju, kasut, langsir dah bertukar ke belum. Mercun pon sudah kedengaran disana sini, nasib baik ler aku ni jenis yang penyabar kalau x maunya aku baling bom dekat budak - budak yang main mercun. Bukan setakat budak jer, bapak budak pon sama jer. Sabar jer le.....
Dalamsibuk menyiapkan persiapan raya, jangan dilupa bahawa lailatul qadar akan memunculkan diri. Sama ada sudah lepas atau belum, moh ler kita rebut  malam lailatul qadar ini kerana ganjaran yang diberikan oleh Allah s.w.t adalah bersamaan dengan 1000 tahun beribadat. Antara ibadat yang boleh dilakukan ialah
berqiamulail,  solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, merancang untuk amalan diri dan sebagainya. Rebut peluang ini dengan sebaiknya, kerana ini mungkin ramadan kita yang terakhir. Siapa tahu???? Soal ajal maut, jodoh pertemuan semuanya telah ditentukan dari awal lagi oleh Allah s.w.t

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dosa ibubapaku, kaum keluargaku, guru-guruku, teman-temanku, serta umat Islam seluruh dunia sama ada yang masih hidup mahu pun yang sudah meninggal dunia. Kau jadikanlah Ya Allah, Ramadhan kali ini Ramadhan penuh keampunan buat kami semua. Serta kau temukanlah kami semua dengan malam lailatul qadar. Amin!

Selamat merebut malam lailatul qadar dan selamat menyambut hari raya kepada umat islam di seluruh dunia. :D

No comments:

Post a Comment